Medan Perang Politik Malaysia Beralih Ke Internet

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet. Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian. Benarkah keadaan ini tidak [...]

Roti Bun Dan Biskut Buatan Usahawan Bumiputera Sarawak Halal

KUCHING, 5 Ogos (Bernama) — Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) memberi jaminan produk roti bun dan biskut yang dibuat serta dikeluarkan oleh usahawan bumiputera di negeri ini halal kerana tiada produk ‘Golden Churn Creamy Butter’ digunakan. Presiden DUBS Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata bumiputera yang mengusahakan roti bun dan biskut yang membekalkan makanan itu ke [...]

Remaja Hilang Tiga Jari – Mangsa Kedua Akibat Mercun Di Kelantan

KOTA BAHARU, 4 Ogos (Bernama) — Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, Rabu. Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga [...]

JPN Sangkal Dakwaan Rakyat Asing Diberi Taraf Kewarganegaraan Pintas

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap. Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataan di sini berkata mengikut rekod, Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 [...]

Perlawanan Persahabatan Malaysia-Oman Ditunda

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Oman yang dijadual 10 Ogos ini telah ditunda. Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata sementara menanti tarikh baru yang akan ditetapkan, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad “The Red Giants” Selangor. Perlawanan persabahatan Harimau Malaya-Selangor [...]

25 Orang Ditangkap Tidak Berpuasa Di Sarawak Setakat Selasa

KUCHING, 3 Ogos (Bernama) — Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan [...]

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu [...]

Hari Kemerdekaan ke-54 disambut pada 16 September

KUALA LUMPUR: Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan. “Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita [...]

Gempa Bumi Gegar Pantai Timur Honshu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 8.57 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 4,380km di timur laut Kudat, Sabah dan kejadian itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Kenyataan itu juga berkata [...]