jabatan meteorologi malaysia

Gempa Bumi Gegar Pantai Timur Honshu

July 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 8.57 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 4,380km di timur laut Kudat, Sabah dan kejadian itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Kenyataan itu juga berkata [...]

1 comment Read the full article →

Gempa Bumi Kuat 7.2 Skala Richter Berlaku Di Sinabang, Aceh

April 7, 2010

JAKARTA, 7 April (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku Sinabang, Aceh pada Rabu 5.15 pagi namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda. Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut. Pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran tsunami, [...]

3 comments Read the full article →

Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Sabah Awal Pagi Ahad

February 7, 2010

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi Ahad. Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad. Gegaran kecil itu berkemungkinan [...]

3 comments Read the full article →

Gegaran Kecil Di Batu Niah Dan Suai Di Sarawak

January 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi Isnin. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26 km dari Batu Niah, 90 km barat daya Miri [...]

5 comments Read the full article →

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Kuala Pilah

November 30, 2009

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi Isnin. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini Isnin, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban. Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. [...]

0 comments Read the full article →
Maknyah terkedu pelanggan meninggal dunia
H1N1 : 2 lagi kes kematian dicatat
JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis
Serina Sah Bergelar Isteri
Malaysia Bertemu Taiwan, Kelayakan Piala Dunia 2014