kemalangan

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Ipoh Dan Gerik

March 16, 2010

IPOH, 16 Mac (Bernama) — Seorang penunggang motosikal terbunuh dipercayai dilanggar sebuah lori setelah dia terjatuh akibat digesel sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah Utara di sini Selasa. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, Hoi Sam, 59, berasal dari Menglembu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kejadian berlaku [...]

2 comments Read the full article →

Dua rentung dalam kemalangan babitkan pacuan empat roda, pikap

December 22, 2009

RANAU: Dua rentung apabila kenderaan jenis pikap yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hashim, ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian manakala dua penumpang pacuan empat roda berkenaan sempat keluar dari kenderaan. Katanya, pacuan empat [...]

0 comments Read the full article →

Tiga Mati Terbakar Selepas Lori Tangki Meletup

December 12, 2009

JELEBU, 12 Dis (Bernama) — Tiga orang, termasuk dua beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri apabila sebuah lori tangki minyak meletup setelah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang Sabtu. Kemalangan pada 9 pagi itu berlaku ketika lori tangki yang dipandu oleh Shamsulkahar Bahudin, 36, dalam perjalanan dari Port [...]

2 comments Read the full article →

[Berita Penuh] Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

December 11, 2009

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini. Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul [...]

1 comment Read the full article →

Lori Rempuh Rumah, 14 Orang Nyaris Maut

December 10, 2009

GUA MUSANG, 9 Dis (Bernama) — Dua keluarga membabitkan 14 orang yang sedang nyenyak tidur dalam dua rumah berjiran di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, nyaris maut dilanggar lori yang merempuh rumah mereka pukul 3.30 pagi Rabu. Kejadian itu menyebabkan sebahagian dari rumah mereka runtuh. Turut rosak dua van dan dua [...]

0 comments Read the full article →
United rebah kepada Villa di tempat sendiri
F1: Lotus perkenal kereta pada 12 Februari
Petronas nafi tak patriotik
F1: Lotus Racing Sedia Untuk Cabaran Pertama Di Bahrain
Stadium Baru Antara Manifesto Pilihan Raya BN Di Kelantan