CHENNAI: Selain politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda.